Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, January 31, 2010

RajaLawak

Semasa menikmati hidangan nasi goreng paprik yang tidak berapa menjadi malam tadi, kami dihidangkan juga dengan slot raja lawak melalui skrin tv yang disediakan di gerai itu. Sambil menyudu makanan, sambil menoleh ke skrin. Aku menunggu-nunggu punch line untuk tergelak besar. Namun setelah tiga empat orang peserta membuat persembahan, aku masih tidak mampu untuk tersengeh apatah lagi tergelak terguling-guling.





Benarlah. Bukan mudah untuk melawak. Bukan mudah untuk buat orang ketawa. Aku kagum dengan aruah p.ramli. Walaupun cerita dan lawaknya aku dah tengok sejak aku masih di zaman sekolah dan ada dialog-dialog dalam ceritanya yang aku sudah hafal, tetapi setiap kali aku menonton semula filem-filem lawaknya sudah pasti aku akan ketawa sampai mengalirkan air mata. Berbeza sekali dengan cerita lawak masakini yang pada pendapat aku masih belum dapat menandingi hasil kerja p.ramli.





Kita selalu juga mendengar orang berkata 'buat lawak bodoh'. Kadang-kadang orang ketawa juga bila ada orang buat lawak bodoh tetapi lebih kepada mentertawakan orang itu daripada mentertawakan lawak yang dibuatnya. Dan selalunya kita menyampah mendengar lawak bodoh ini.





Ada orang pula memang sudah semulajadi menjadi pelawak. Melihat memek mukanya sahaja orang sudah ketawa. Patah-patah perkataan yang keluar dari mulutnya membuat orang ketawa. Tapi pelawak semulajadi seperti ini belum pasti dapat membuat orang ketawa sekiranya bertanding di dalam gelanggang raja lawak.





Siapakah bakal menjadi pemenang peraduan dialog lucu. Tunggu. Seperti yang aku katakan, bukan mudah untuk membuat orang ketawa.



Mintak maaplah ye. Gambar tak ada kena mengena dengan n3.


kakpah

Jom Buat Dialog Lucu. Mana Tau Boleh Dapat Duit...

THIS IS A STICKY POST.
PLEASE SCROLL DOWN FOR A NEW ENTRY

Sudah beberapa waktu kakpah berangan mahu membuat satu contest untuk kawan-kawan bloggers samaada yang menonjolkan diri atau yang datang senyap-senyap. Contest juga bertujuan untuk mencari kenalan baru. Baru semalam mendapat idea untuk dijadikan bahan peraduan.

Senang saja. Walau bagaimanapun, syarat mestilah ada. Seperti biasa syarat utama ialah:

1. Menjadi follower Tadika Aulad @ Auladjannah
2. Meletakkan link Aulad di blog anda.

(Mereka yang telah menjadi follower dan sudah meletakkan link di blog, sila ke syarat berikutnya)



3. Copypaste banner Aulad Is The One dan letakkan di dalam N3 peraduan anda.
4. Copypaste gambar di bawah iaitu gambar yang dijadikan bahan peraduan. Karang satu dialog berpandukan gambar. Dialog mestilah di antara boy 1, boy 2 dan boy 3.

5. Dialog mestilah original dan lucu. Hanya satu N3 sahaja yang diterimapakai.
6. Sila tinggalkan jejak di dalam ruang komen di bawah sekiranya anda telah membuat N3 dan sudah memenuhi syarat-syarat di atas. Kakpah akan ke rumah anda.
7. Pemenang akan dipilih melalui dialog yang anda karang.

Nota penting: Dialog tu tulis di bawah gambar. Kalau ditulis di dalam box kat gambar tu, nanti tulisan jadi kecil tak dapat baca.

Hadiah utama berupa wang
RM 100.00

2 hadiah saguhati
RM 25.00 setiap satu.

Saturday, January 30, 2010

updates dialog lucu

Menulis dari tempat perlarian sementara.

Banyak bunga-bunga cantik di sini. Pemandangan juga cantik. Memberi peluang untuk aku bereksperimen dengan D60.





Updates contest dialog lucu:

Contest akan berakhir besok tepat jam 12 malam. Sesiapa yang mahu mencuba nasib, masih ada waktu untuk berbuat demikian.

Pemenang akan diumumkan pada 2 feb. (Bagilah peluang kakpah meround dulu puas-puas kat CH ni hehe..)


Sekian. Sejoooooook...............

Friday, January 29, 2010

Ke Mana

Penat

Letih

Exhausted




Perlu sebuah perlarian

Walau sementara


kakpah

"MOBS & Kedai Gambar Kami : Cutest Baby with Blanket Contest"

It's contest time again. Haha.. dah kemaruk contest. Ni semua pengaruh kakngah lah ni. Jalan-jalan jumpa contest ni. Menarik. Oleh sebab gambar faris dah ada seperti yang dikehendaki oleh penganjur, so.. apa lagi.
Syarat-syarat contest adalah seperti berikut:




"Cutest Baby with Blanket Contest"

This time it's brought to you by MOBS & Kedai Gambar Kami

Here's the simple rules...
1. Be a follower of MOBS & Kedai Gambar Kami - DONE
2. Add both blogs to your blogroll list MOBS & Kedai Gambar Kami - DONE
3. Blog about this contest with the title
"MOBS & Kedai Gambar Kami : Cutest Baby with Blanket Contest" - DONE
4. Choose a pic of your baby (0-3yrs) with the above theme ... with blanket la ... hehehe. Don't forget to add Baby Name, Age at picture and Current age and tell us a bit about your baby.
NEW NOTE : Contest Picture should not more than 1 year ago.. ok? - DONE
5. Add the contest banner to your blog sidebar with link back to this contest. - DONE
http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2010/01/mobs-kedai-gambar-kami-cutest-baby-with.html
6. Leave your blog link entry + email here :)
7. That's it... simple right??


Now... the best part...

MAIN PRIZES
RM40 voucher from Kedai Gambar Kami x 3 winners

Consolation PRIZES
RM20 voucher from Kedai Gambar Kami x 5 winners

... that's 8 winners in total.
So join now ok?

Contest Deadline : 2nd of Feb 2010


Gambar Faris yang dipertaruhkan:



Nama: Muhammad Faris Hafizin. Umur sekarang : 9 bulan. Umur semasa gambar ini diambil : 4 bulan.
Sedikit mengenai Faris: Faris sekarang bertambah lasak. Gigi baru tumbuh dua batang dan pantang pegang benda, mesti ngap masuk dalam mulut. Faris juga teramatlah suka makan. Bila nampak je orang mengunyah-ngunyah, datanglah dia mengendeng.

Sekian N3 kakpah.
(Errrr... ada peluang tak boss!!!)

Wednesday, January 27, 2010

SPINNING WHEEL

Aktiviti ini bagus untuk membantu anak-anak mengenal nombor, menghubungkan nombor dengan bilangan, menyusun nombor mengikut urutan menaik dan menurun.


Anda cuma perlu membuat wheel seperti dalam gambar dan membeli penyepit baju kayu. Di atas penyepit itu ditulis dengan nombor 1 sehingga 10.

Apa yang aku buat dengan anak-anak ialah, menyusun nombor-nombor itu mengikut urutan menaik. Kemudian mengira dots yang ada di dalam ruang dan menyepitkan nombor yang sesuai. Anak-anak perlu dibantu pada peringkat permulaan. Ada yang cepat dapat dan ada yang lambat. Itu perkara biasa. Lama-lama mereka akan dapat.

Cubalah dengan anak-anak anda.





Tuesday, January 26, 2010

MODESSty

Ini cerita perangai orang perempuan. Bukan semua orang perempuan. Sebahagian saja.

Semasa perhimpunan setiap Isnin, HM selalu berleter. Memang patut pun kena leter kerana ada budak-budak yang tak reti guna tandas. Lubang tandas tu gunanya untuk apa, mereka tak tahu.

Bukannya tidak ada disediakan keratan suratkhabar. Ada. Ada yang bertugas setiap hari untuk mencari suratkhabar, memotongnya dan menyangkutkan keratan itu di tempat yang disediakan di bilik air. Tapi tak digunakan juga. Mereka ni lebih suka gumpal-gumpal benda alah tu dan sumbat dalam mangkuk jamban. Lama-lama bila dah banyak, maka tersumbatlah lubang itu. Orang lain nak guna tak boleh. Memang patutpun kena leter.

Ini adalah cerita aku semasa di asrama puluh tahun dulu.


Tapi cerita ini macam tidak berkesudahan. Perangai ini seolah-olah berterusan turun temurun. Dan masanya pula aku yang berleter. Bukan berleterkan anak-anak tetapi berleterkan pekerja yang tinggal di premis tadika/taska. Bukan semua pekerja. Segelintir sahaja. Tetapi segelintir inilah yang menyebabkan aku terpaksa mengeluarkan ongkos membayar upah tukang memecahkan jamban kerana dalam jamban itu ada benda yang disumbatkan selain daripada yang sepatutnya.


Kadang-kadang aku juga geli geleman bila memasuki tandas awam. Kerana di tepi-tepi sudut tandas itu bergelimpangan bahan buangan yang merah dan berlendir. Apakah ini juga perlu diajar?

Sekian leteran kakpah pagi ni. Khas untuk perempuan. Khas untuk perempuan yang berperangai seperti ini.

kakpah

Monday, January 25, 2010

Kena Sembelih!!!!

Sementara menunggu loceng pulang berbunyi, aku bercerita. Aku bercerita tentang Ali si pengembala kambing. Aku suka cerita ni sebab ada unsur moral yang patut dicontohi anak.

Sedang aku asyik bercerita si Haziq menyampuk.

Ummu, saya tengok kat tv kan, ada kambing sembelih lembu!
.
.
.
Eee budak ni. kalau tak nyampuk tak boleh ke.

Baby Face Contest

sticky mode no:2

Jalan-jalan kat alam maya, terjumpa satu contest. Teringin pula nak mencuba nasib. Contest ini dianjurkan oleh pretty zaza dan nama tajuk contest ini ialah pretty zaza baby face contest.


Pretty zaza cakap:

Apa yang perlu dibuat:

* Buat ENTRY di blog anda berkenaan contest ini dan letakkan gambar anak anda berposing manja (tak manja pun tak apa) - okay, DONE

* Anak anda boleh berposing di mana-mana saja .. tetapi, sila CLOSE UP bahagian MUKA saja.
- DONE

TERMA DAN SYARAT :

1) Terbuka kepada semua pem'blog'2 yang ada - WOKEY
2) Add blog ni dalam blog list anda ( sesiapa yang belum jadi follower.. ) DONE
3) Letak banner contest di sidebar blog anda dan banner mestilah di'link'kan terus pada ENTRY Ni- DONE
4) Umur anak-anak anda mestilah dari 1 hari hingga 6 tahun. - WOKEY
5) Letak gambar anak anda beserta nama, umur dan jantina. - DONE
( Secara otomatiknya anak anda akan dikategorikan kepada dua kategori iaitu, BABY BOY & BABY GIRL mengikut jantina mereka)
6) Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya saya boleh menjengah N3 anda (bagi link untuk entry tu sekali..)
7) Pemenang akan dipilih berdasarkan kecomelan masing-masing dan gaya posing yang menarik hati.
8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Febuari 2010 tepat-tepat pada pukul 12.00 tengah malam.
9) Top 10 bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada 10 Febuari 2010
10) Top 5 pada 15 Febuari 2010 dan pemenang akan diumumkan pada
20 Febuari 2010.


BERITA BAIK...

* ANAK/ANAK SAUDARA/ADIK/CUCU/CICIT... SEMUA PUN BOLEH JOIN..SUKAHATI ANDA!! JANJI.. MEMENUHI TERMA & SYARAT KAT ATAS!!


haha.. sebab berita baik inilah kakpah berani nak join contest ni. Anak kakpah yang kecik dah tingkatan 4. Tak layak nak masuk. Yang di bawah ini ialah cucu.



NAMA : MUHAMMAD FARIS HAFIZIN
UMUR : 9 BULAN


Sunday, January 24, 2010

Telinga Tebal

Seorang lelaki bermata sepet tercegat di situ sebaik aku membuka pintu opis. Dia tersengeh-sengeh. Aku lihat ada beg bimbit besar di tangan kiri dan henfon nokia di tangan kanan.

gud moning cikgu. Sorry 'a.. wont take much of your time. Can I come in 'a..

Ada apahal?

I have something gud for the children to you show ma.

Sorry la. Kita bizi .

Boss ada ka.

Boss outstation. Aku tersengeh-sengeh dalam hati.

Boss punya nombor henfon ada ka.

Sorry ma. Boss tak kasi bagi.

Aku lihat dia terkebil-kebil. Selepas beberapa kali sorry lagi, dia berlalu dengan kaki yang berat.




Kadang-kadang aku kesian tengok salesman/saleswoman ni. Kerja untuk mencari rezki. Tapi kita selalunya berasa iritated apabila dihampiri mereka. Ada juga kalanya kita terasa marah kerana mereka datang tidak kena pada waktu.

Pakcik, nak beli buku? Ada cd sekali bla..bla..
Seorang jurujual menghampiri kami sedang kami menikmati sarapan jam sepuluh di RnR.

Kan aku tengah makan ni, jawab si pakcik sambil terus menyuap makanan ke mulut tanpa mengindahkan sijurujual. Kerana tidak dilayan, sijurujual berlalu.

Tak senang orang nak makan. Cukup pantang kalau aku makan ada orang datang jual itu ini. Dahlah panggil aku pakcik. Si pakcik terus membebel. Agaknya kalau dipanggil abang, mahu dia ambil sebijik (kehkeh).





Ting..tong...

Ada juga yang menjual dari rumah ke rumah. Lelaki. Perempuan. Tua dan muda. Selalunya muda. Kalau yang tua-tua tu, menjual kerepek. Kesian makcik-makcik tu. Berpeluh-peluh. Kita tak beli, tak sampai hati.

Ya, ada apa.

Assalamualaikum kak. Saya dari blabla. Saya nak tunjukkan water filter bla..bla..bla..

Maaf ya. Ibuknya nggak ada di rumah.

Sekejap aja kak bla..bla... Dia terus membebel.

Saya nggak tau. Ibuknya nggak ada. Bapaknya juga nggak ada.

Setelah memandang aku dengan hati antara percaya dengan tidak, dia berlalu mencari mangsa seterusnya.




Yang menjual pakai telefon ni pun banyak juga. Yang ini kalau bercakap memang tak tau nak berhenti. Kalau anda menerima panggilan seperti ini dan dia tak berhenti bercakap, gunalah trick seperti yang aku selalu buat tu,

Hello...hello... h'a apa?? Tak dengar lah.. line tak clear ... Tupp.. matikan henfon.


Mereka cuma nak mencari rezki. Walaupun terpaksa menebalkan muka dan telinga. Kita saja yang kadang-kadang tak faham.

kakpah

Saturday, January 23, 2010

faris

salam pagi sabtu. Nak letak gambar faris je.....







Thursday, January 21, 2010

Biarlah dia belajar

Pagi tadi semasa waktu rehat, murid lima tahun aku berkata;

ummu, tolong bukakkan.

Aku memandang bungkusan roti di tangannya lantas aku menjawab;

Ummu tak mahu bukakan. Haikal cuba buka sendiri.

Tak bolehlah ummu. Tak tahu.

Aku mencangkung di hadapannya, mengambil bungkusan roti di tangannya dan berkata lagi;

Haikal pegang macam ni, kemudian tarik. Lalu aku kembalikan bungkusan roti itu.

Macam ni ya ummu.

Haah. Tarik kuat sikit, nanti dia akan koyak.

Aku melihat si Haikal membuat seperti yang aku suruh dan akhirnya berjaya mengoyakkan plastik roti tersebut. Dia kembali duduk di kerusinya dan dua tiga orang rakannya datang mengendeng mahukan roti di tangan.


Ini hanyalah satu situasi yang nampaknya seperti biasa-biasa sahaja tetapi sebenarnya anak itu mengalami satu proses pembelajaran. Untuk ibu-ibu di luar sana yang masih mempunyai anak kecil, ajarlah anak supaya berdikari. Jangan biasakan membuat itu ini yang remeh temeh bagi pihak anak. Biarlah anak itu belajar.

Sekian.

kakpah

Wednesday, January 20, 2010

Tangkap....Jangan Tak Tangkap

Petang tadi tangan bagai digaru-garu menyuruh aku snap gambar. Tapi kalau setakat keliling rumah ni, apalah yang ada. Nak kejar pepatung, aku tak nampak pun kelibatnya. Nak kejar belalang, apatah lagi. Teringat dulu-dulu semasa berkejaran di atas permatang sawah menangkap pepatung dan belalang yang berterbangan. Seronoknya.










Okay, selamat malam.

kakpah

HATI-HATI

Hati-hati

Kalau tiba-tiba saja anda rasa ada orang berjalan di belakang anda dan mengikut langkah anda ke mana saja anda melangkah.
Mungkin dia menuju ke arah yang sama.
Tapi mungkin juga dia berniat lain.

Aku sudah terkena.

Hati-hati

Kalau anda sedang berjalan di tengah bandar dan tiba-tiba ada orang memintas anda sambil bertanya

Akak kenal tak haji ituini sedangkan kalau mengikut firasat anda takkanlah di tengah-tengah bandar ada orang bertanya macamtu. Lainlah kalau orang yang bertanya itu tersesat dalam kampung kita.

Aku sudah terkena semasa aku berjalan di kajang seorang diri. Tetapi aku tak pandang muka orang itu, sebaliknya aku susup sasap menyelinap ke dalam kedai berhampiran.

Hati-hati

Kalau tiba-tiba belakang kereta anda di sondol dari belakang semasa anda memandu di highway. Mungkin ada orang yang menawarkan pertolongan tetapi dengan sejumlah bayaran.

Anak aku imah sudah terkena.

Hati-hati

Kalau anda memakir kereta anda untuk menurunkan anak anda di tadikanya. Pastikan anda mematikan enjin kereta anda dan membawa kunci kereta bersama anda kerana mungkin ada orang yang berniat untuk melarikan kereta anda.

Seorang ibu di tadika aku di taman mesra sudah terkena. Tiga tahun dulu. Unser yang baru dibeli dua bulan dilarikan orang semasa menghantar anaknya masuk ke perkarangan tadika.

Hati-hati

Bila anda sedang duduk relek-relek di dalam kereta kerana menunggu anak anda keluar dari tadika/sekolah dan ada seseorang mengetuk tingkap pintu kereta anda. Jangan terburu-buru menurunkan cermin tingkap walaupun pada pandangan anda orang itu memerlukan bantuan.

Seorang ibu di tadika aku di taman jasmin sudah terkena.

Semalam semasa dia sedang menunggu anaknya, seorang budak india yang menunggang motosikal berhenti di sisi keretanya dan mengetuk tingkap. Ibu yang berperasangka baik ini menurunkan cermin. Dia menerima habuan kerana menunjukkan sikap prihatin itu. Lehernya di hunus pisau. Dia dipaksa menanggalkan rantai dan gelang. Wang tunainya juga turut dirompak.

Hati-hatilah!!!!!!

kakpah

Monday, January 18, 2010

Lepas Geram hari Sabtu Haritu..

Sampah sana, sampah sini. Orang suka buang sampah merata-rata. Buang putung rokok keluar tingkap kereta. Buang botol air mineral ke dalam longkang. Tinggalkan polisterin bekas makanan di tepi-tepi jalan. Sangkut plastik di dahan pokok. Itu adalah antara contoh-contoh yang aku nampak.

Aku perhatikan juga, kakilima kedai-kedai yang berderet sering di penuhi dengan sampah juga. Kadang-kadang terjelepuk di satu sudut. Kadang-kadang berselerakan hingga ke tengah jalan. Walaupun sampah berupa serpihan plastik atau kertas atau putung rokok atau pembalut gula-gula, tetapi bila sudah banyak dan bersepah, maka sakitlah mata yang memandang. Sama sakitnya macam kita memandang rumah kita tidak berkemas dan bersapu.

Saranan kerajaan supaya mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin ada logiknya. Sama ada berkesan atau tidak, sebenarnya terpulang pada tabiat pengguna @ orang ramai. Kalau dah memang tabiat suka membuang sampah merata-rata, kerjaan bagi luggage bag seorang sebiji untuk buat pergi shopping kat tesco pun, sampah tetap akan berserakan jugak. Orang tetap akan buang plastik ke dalam longkang juga.

Jadi, berkesankah kalau kerajaan menyuruh pasaraya tidak menyediakan beg plastik lagi untuk mereka yang membeli belah. Yang herannya, walaupun tidak menyediakan plastik tetapi pasaraya ni menjual beg plastik yang melambak-lambak. Yang merah, yang biru, yang hitam. Tak disediakan tetapi kita boleh beli. Ishh... aku konpius.

Maaflah puan. Hari Sabtu tesco tak sediakan beg plastik.

H'a? Tak ada plastik? Saya tak tahu pun.
Aku memang tak tahu sebab selalunya aku pergi hari Jumaat. Tetapi sebab aku ada kelas sejak mula sesi ni, aku ke tesco Sabtu. Kelmarin.

Habis macamana ni.

Saya cuma ikut arahan je puan.

Mana encik-encik dan puan-puan yang selalu berdiri berlegar kat tepi kaunter bayaran ni? Saya nak jumpa.
Naga yang menyorok dalam diri aku meronta-ronta mahu keluar. Hidung sudah mula terasa panas kerana bahang api yang sudah mula dimuntahkan naga.

Kenapa puan.

Tak ada beg plastik? Ni yang banyak-banyak ni saya nak letak kat mana.

Kami menyahut seruan kerajaan, tak gunakan beg plastik lagi. Sekarang kami mulakan dengan hari sabtu dulu. Hari Sabtu kami tak sediakan plastik.

Barang-barang saya yang melambak ni nak letak kat mana.

Perempuan itu menunjukkan ke arah beg plastik hijau yang dijual tesco.

Puan belilah beg tu. Seringgit satu.
Berasap telinga aku mendengar jawapan mengong itu.

Saya beli sepuluh helai pun tak cukup nak letak semua barang ni. Saya ni pelanggan tetap tesco. Tiap-tiap minggu belanja $%#@ratus. Macamana saya nak bawak semua ni kalau tak ada beg. Bla..bla..
Macamtulah lebih kurang aku cakap.

Kami boleh bagi puan guna plastik tesco yang biasa tetapi puan kena bayar sepuluh sen selai.


Aku beli barang bukan sikit-sikit. Dua troli tu. Penuh. Dahlah troli tu jalan senget macam ketam. Sakit bahu tau.... Kena becekak pulak lagi.

Lama-lama perempuan tu blah. Aku masih membebel-bebel tepi kaunter. Budak yang jaga kaunter tu teruskan juga punch barang-barang aku. Agaknya dia terpikir-pikir juga apasallah mak nenek ni meroyan pepagi hari tu.

Di screen terpapar @$#.60. Termasuklah harga beg plastik tesco sebanyak 8 helai untuk mengisi botol-botol sos, kicap, ubat gigi, berus gigi, pen etc yang kecil-kecil. Selebihnya aku dan siti humbankan je ke dalam troli. Selepas membuat bayaran kami tolak troli menuju ke kereta dan barang-barang tadi kami humbankan pula ke dalam kereta.

.
.

Tadi semasa aku pergi seksyen sembilan, aku tengok sampah masih juga bersepah-sepah tepi jalan dan tepi kaki lima kedai. Kalau tak boleh guna beg plastik, apa kata tutup terus kilang-kilang yang membuat beg plastik dan polisterin ni.

Sekian saja bebelan makcik. Hujung minggu ni aku pegi tesco nak bawak sarung bantal empat lima helai.

kakpah

Friday, January 15, 2010

AKTIVITI , MAIN KEJAR KEJAR

Bila aku masuk gate tadika pagi tadi guru semua dah sampai. Ada yang menegur melihat aku menyandang beg besar.

Apa isi dalam beg tu kakpah

Banyak. Antaranya D60 aku. Sebelum loceng pagi berbunyi, aku kejar bebudak keliling tadika dengan D60 di tangan. Sejak baik demam, belum sempat nak main kejar-kejar dengan mereka.









Kemudian ada pula parents kelas Khuldi bawa satu bakul jajan. Anaknya Naiim birthday harini. Hmm.. Snap snap lagi.


Birthday boy:






And what did I do with my kids in class jannatul Naiim?

Harini untuk subjek sains, aku ajar deria sentuh. Aku sediakan beberapa contoh permukaan yang licin, kasar halus, kasar besar, berjalur, kesat untuk disentuh oleh anak-anak. Lihatlah betapa seronoknya anak-anak ini meraba-raba permukaan yang berlainan texture itu.


Kemudian masa untuk menampal contoh ke atas kertas untuk simpanan scrapbook.




Semalam untuk subjek matematik, aku memberi anak-anak seutas tali dan sepuluh biji manik. Kemahiran yang ingin dicapai ialah koordinasi mata tangan, membilang one to ten dan mencucuk biji manik mengikut jumlah yang aku sebut.





Seronok kan? Err.. Diorang ni tak belajar ke. La.. tu belajarlah tu. Masa anak-anak ni buat aktiviti menulis, aku tak ambil gambar. Tu perkara biasa kan..

Okay, ni ada satu



Sekian.

Kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...