Sampah sana, sampah sini. Orang suka buang sampah merata-rata. Buang putung rokok keluar tingkap kereta. Buang botol air mineral ke dalam longkang. Tinggalkan polisterin bekas makanan di tepi-tepi jalan. Sangkut plastik di dahan pokok. Itu adalah antara contoh-contoh yang aku nampak.
Aku perhatikan juga, kakilima kedai-kedai yang berderet sering di penuhi dengan sampah juga. Kadang-kadang terjelepuk di satu sudut. Kadang-kadang berselerakan hingga ke tengah jalan. Walaupun sampah berupa serpihan plastik atau kertas atau putung rokok atau pembalut gula-gula, tetapi bila sudah banyak dan bersepah, maka sakitlah mata yang memandang. Sama sakitnya macam kita memandang rumah kita tidak berkemas dan bersapu.
Saranan kerajaan supaya mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin ada logiknya. Sama ada berkesan atau tidak, sebenarnya terpulang pada tabiat pengguna @ orang ramai. Kalau dah memang tabiat suka membuang sampah merata-rata, kerjaan bagi
luggage bag seorang sebiji untuk buat pergi shopping kat tesco pun, sampah tetap akan berserakan jugak. Orang tetap akan buang plastik ke dalam longkang juga.
Jadi, berkesankah kalau kerajaan menyuruh pasaraya tidak menyediakan beg plastik lagi untuk mereka yang membeli belah. Yang herannya, walaupun tidak menyediakan plastik tetapi pasaraya ni menjual beg plastik yang melambak-lambak. Yang merah, yang biru, yang hitam. Tak disediakan tetapi kita boleh beli. Ishh... aku konpius.
Maaflah puan. Hari Sabtu tesco tak sediakan beg plastik.H'a? Tak ada plastik? Saya tak tahu pun.Aku memang tak tahu sebab selalunya aku pergi hari Jumaat. Tetapi sebab aku ada kelas sejak mula sesi ni, aku ke tesco Sabtu. Kelmarin.Habis macamana ni.Saya cuma ikut arahan je puan.Mana encik-encik dan puan-puan yang selalu berdiri berlegar kat tepi kaunter bayaran ni? Saya nak jumpa.Naga yang menyorok dalam diri aku meronta-ronta mahu keluar. Hidung sudah mula terasa panas kerana bahang api yang sudah mula dimuntahkan naga.
Kenapa puan.Tak ada beg plastik? Ni yang banyak-banyak ni saya nak letak kat mana.Kami menyahut seruan kerajaan, tak gunakan beg plastik lagi. Sekarang kami mulakan dengan hari sabtu dulu. Hari Sabtu kami tak sediakan plastik.Barang-barang saya yang melambak ni nak letak kat mana.Perempuan itu menunjukkan ke arah beg plastik hijau yang dijual tesco.
Puan belilah beg tu. Seringgit satu.Berasap telinga aku mendengar jawapan mengong itu.
Saya beli sepuluh helai pun tak cukup nak letak semua barang ni. Saya ni pelanggan tetap tesco. Tiap-tiap minggu belanja $%#@ratus. Macamana saya nak bawak semua ni kalau tak ada beg. Bla..bla..Macamtulah lebih kurang aku cakap.
Kami boleh bagi puan guna plastik tesco yang biasa tetapi puan kena bayar sepuluh sen selai.Aku beli barang bukan sikit-sikit. Dua troli tu. Penuh. Dahlah troli tu jalan senget macam ketam. Sakit bahu tau.... Kena becekak pulak lagi.
Lama-lama perempuan tu blah. Aku masih membebel-bebel tepi kaunter. Budak yang jaga kaunter tu teruskan juga punch barang-barang aku. Agaknya dia terpikir-pikir juga apasallah mak nenek ni meroyan pepagi hari tu.
Di screen terpapar @$#.60. Termasuklah harga beg plastik tesco sebanyak 8 helai untuk mengisi botol-botol sos, kicap, ubat gigi, berus gigi, pen etc yang kecil-kecil. Selebihnya aku dan siti humbankan je ke dalam troli. Selepas membuat bayaran kami tolak troli menuju ke kereta dan barang-barang tadi kami humbankan pula ke dalam kereta.
.
.
Tadi semasa aku pergi seksyen sembilan, aku tengok sampah masih juga bersepah-sepah tepi jalan dan tepi kaki lima kedai. Kalau tak boleh guna beg plastik, apa kata tutup terus kilang-kilang yang membuat beg plastik dan polisterin ni.
Sekian saja bebelan makcik. Hujung minggu ni aku pegi tesco nak bawak sarung bantal empat lima helai.
kakpah