Dewan metro di prescot inn penuh. Rata-ratanya menyambut jemputan daripada pihak ppd hulu langat. Sangkaan aku mestilah kami akan diberi taklimat tentang silibus atau perancangan berkaitan pra sekolah pada sesi akan datang. Rupanya ia adalah satu roadshow yang dikendalikan oleh pihak ecce (early childhood care & education) bersama dengan pejabat pelajaran daerah.
Disuruh datang pukul lapan setengah, pukul lapan kami sudah bertolak dari rumah tapi pukul sepuluh pun program belum bermula. Biasalah kalau duduk menunggu lama-lama. Mulut memasing bukannya seperti mulut tempayan yang boleh ditutup-tutup dan mata pun bukan seperti mata ikan yang terbuka sepanjang masa. Jenuh menunggu. Bila akhirnya penceramah pertama mengambil tempat, aku rasa ia lebih banyak membazir masa bercakap tentang perkara remeh temeh dan tidak terus kepada point yang patut ditekankan.
Tujuan adalah untuk memberi dan meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa guru tadika adalah satu profesyen yang tidak diperlekehkan. Memang selama ini pun ramai orang memandang rendah pada mereka yang menjadi guru tadika kerana mereka sering diasosiasikan dengan 'orang tak pandai' padahal ramai saja di antara mereka yang berkelulusan ijazah dan diploma.
Untuk menaiktarafkan tanggapan ini, perancangan mereka adalah menjadikan semua guru-guru tadika sebagai orang yang sangat berkemahiran dalam bidang ini dan caranya adalah semua guru tadika mestilah mempunyai diploma in early childhood education menjelang tahun 2020.
Di atas kertas, ia nampak bagus. Tapi cuba bayangkan:
Gaji asas minima seorang guru tadika yang mempunyai kelayakan itu mestilah RM1200. Ini sangat-sangat memberi kesan pada pengendali tadika yang secara purata mengenakan yuran 150.00 sebulan. Kalau sebuah tadika mempunyai 50 orang murid, 4 orang guru, di mana nak dicari dana untuk sewa premis, makan, epf, socso, bil-bil, rencam dan sebagainya.
Menurut mereka, orang di putra jaya juga tengah menggaru kepala untuk menetapkan yuran yang patut dikenakan pada ibubapa. Mereka menyebut 400-480 sebulan. Aku kata kerja gila kerana berapa ramai di antara kita yang berkemampuan untuk membayar yuran tadika anak sebanyak itu.
Bagi aku, sekarang ini pun kami sudah pakar dalam bidang kami. Mungkin ada yang tidak mempunyai selembar diploma untuk dimegahkan tetapi kami ada pengalaman dan kasih sayang untuk kami kongsi-kongsikan bersama anak-anak kecil ini. Dan untuk mereka di luar sana yang masih menganggap guru tadika adalah satu tugas yang lekeh mekeh, ingatlah bahawa kami inilah, seiring dengan tugas ibu bapa, membentuk foundation untuk anak-anak kecil ini. Dari tidak tahu mereka menjadi tahu. Dari tidak mahir mereka menjadi mahir.
Lepas talk, kami dijamu dengan makan tengahari yang separa lazat. Sebabnya aku asek bertanya dengan zuraini,
ni ikan tongkol ke ikan tenggiri.
tenggiri
bukan tongkol ke
tenggirilah kakpah
apasal bau tak sedap
agaknya dah enam bulan dalam peti beku.
Dan dewan makan itu macam penuh dengan langau. Sudu garpu kelentang kelentung berlaga pinggan dan mulut becok bercerita tentang apa yang didengar sebelumnya.
ibundo