Pagi Sabtu yang agak bengang. Usai solat subuh bibik belum bangun. Dua-dua tak bangun. Aku bingkas ke dapur menyediakan sarapan. Abah bersarapan awal. Enam setengah selalunya abah sudah tercongok di meja makan. Aku berpesan selalu pada bibik supaya menyiapkan sarapan untuk abah secepat mungkin. Takut nanti perut masuk angin sebab dia sudah biasa bersarapan awal begitu.
Pisang yang diambil dari kampung sudah ada yang masak. Aku mengambil beberapa biji dan mengadunnya untuk dijadikan lempeng. Lempeng sudah siap beberapa keping dan aku lihat bibik seorang demi seorang terhegeh-hegeh masuk ke dalam bilik air. Tak sembahyang subuh ke apa, hati aku merungut-rungut sendiri berbaur geram. Datang rasa malasku untuk membuat sarapan seterusnya untuk anak-anak dan suami.
Aku naik ke atas mengajak suami ke kedai mencari roti canai sahaja. Semasa masuk ke dalam kereta suami berkata,
"dah bagitau tki tak payah masak?"
Aku menjawab lambat, "malas nak cakap", geramku masih berbaki.
Di kedai impian maju aku perhatikan beberapa keping roti canai sudah tersedia ada di atas meja pembakar. Oder lapan keping, si pelayan terus membungkusnya. Sementara menunggu si pencanai mancanai 5 keping roti telur lagi, kami duduk di meja. (suami sudah banyak kali survey, telur di kedai ini telah dicuci bersih).
Semasa duduk-duduk memerhatikan sekeliling, telingaku diterjah sebuah lagu hindustan.
"Bobby" aku berkata pada suami.
"Hah?"
"Tuuu..........lagu Bobby." Kataku sambil jari menunjuk-nunjuk pada arah bunyi lagu itu dimainkan.
Suami menjawap dengan memuncungkan bibir " Oooooo.... tau je"
"Heh..heh..heh.."
Masa sekolah dulu aku bukanlah peminat cerita hindustan. Tetapi ada classmate aku yang seorang ini memang hantu filem hindustan. Semua hero heroin hindustan dia kenal. Kalau ada cerita baru keluar, dia akan bercerita pada kami sehingga mulut kami terlopong. Pandai dia bercerita sehinggakan kami yang tidak suka cerita hindustan ini amat kepingin untuk menontonnya.
Bobby adalah filem keluaran 1973, dilakonkan oleh Dimple Kapadia dan Rishi Kapoor. Rishi Kapoor..... seorang aktor yang sungguh hensem pada waktu itu dan menjadi kegilaan kawan aku ini. Di lockernya penuh dengan gambar Rishi Kapoor. Di buku-bukunya juga ditampal dengan gambar Rishi Kapoor. Dan sepanjang-panjang waktu ketika cerita Bobby menjadi cerita filem popular, telinga kami lali dengan lagu-lagu dari filem itu yang dinyanyikan oleh kawan aku ini.
Bila lagu ini berkumandang di kedai Impian maju, aku terus teringat padanya. Pada Zalilah@makcik. Kami berpisah setelah tamat HSC dan tidak bertemu lagi selepas itu.
Aku kembali ke rumah dengan kenangan itu masih melekat di ingatan. Kenangan itu merayau-rayau ke zaman remajaku di sebuah sekolah berasrama penuh di selatan tanah air. Kenangan yang amat indah sekali.
Dan aku kembali ke rumah dengan geram yang telah pudar.