Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, March 30, 2011

Theraphy

Tidur itu satu terapi. Menurut kata aku lah.
Kalau aku stress aku tidur. 
Kalau aku penat aku tidur.
Kalau aku mengantuk aku tidur.
Kalau aku marah aku tidur.


Supaya bila bangun aku boleh mulakan dengan mood yang berlainan.
Kamu?



kakpah

Tuesday, March 29, 2011

BENTENG HANYA TINGGAL BEKAS

Tun Perak tidak seperti yang aku kenal dulu-dulu. Hutan batu yang memayunginya merimaskan aku. Manusia yang berbondong-bondong, jeritan dan pekikan enjin yang tidak berhenti-henti menambah ketidak-selesaan. Aku bayangkan langkah-langkah aku bertahun-tahun di Tun Perak dan kini bekas tapak itu berterbangan ditiup zaman.

Jalan Tun Perak.  Aku melaluinya pagi tadi dan imbasan-imbasan lalu datang menerjah minda. Datang dan pergi.





Kemudian di sungai wang;
Sewaktu aku di Subway menggigit roti italian yang membungkus hirisan turkey dan sayuran serta sos berbagai rasa, aku terpandang sepasang manusia pelik yang masuk menuju ke kaunter. Pandangan aku sukar untuk dialihkan. Sesungguhnya kecantikan itu begitu sabjektif dan hanya dinilai oleh mata yang memandang. Tapi tolonglah aku untuk memahami dari sudut mana penilaian itu sekiranya pipi yang halus mulus ditebuk kiri dan kanan untuk dicucuk dengan subang.  Kaki kanan yang gebu di warna warnikan dengan ukiran ukiran dari pangkal peha sehingga ke hujung kaki. Lengan kanan juga di ukir sebegitu rupa.

Begitu juga dengan yang lelaki. Badan penuh dengan ukiran.  Telinganya ditebuk dan berlubang besar. Dibubuh pula cincin yang boleh muatkan ibu jari untuk memantapkan lubang itu. Sungguh biadab mereka mengubah ciptaan Ilahi.




Aku rindukan kuala lumpur seperti dulu. Kini aku berasa sungguh terasing apabila berada di situ.


 kakpah

Monday, March 28, 2011

Nasi Briyani Arab

Sekiranya menaiki bas dari kota Mekah ke Madinah atau pun dari Madinah ke kota Mekah, selalunya bas akan berhenti di satu tempat di tengah-tengah padang pasir untuk berehat, makan-makan ataupun menyahut panggilan alam.  Kesempatan juga diambil untuk bersolat di musolla yang disediakan.

Apa yang mahu aku sentuh di sini ialah tentang nasi briyaninya yang sedap.  Teramat sedap.  Berasnya panjang dan lembut. Dan walaupun sepinggannya terlalu banyak untuk dimakan seorang, tapi oleh kerana sedapnya membuat kita tidak sedar yang kita terus menyuap dan menyuap sehingga habis.

Lauknya simple.  Cuma ayam roast dan kadang-kadang kalau nasib baik ada juga ikan goreng yang digoreng gitu-gitu saja tanpa lumuran kunyit atau garam.

Bila berada di rumah sendiri, kadang-kadang aku teringat-ingat akan kelazatan nasi briyani itu. Dan membuat air liur berkecuran.


Tengahari tadi aku dan suami makan nasi briyani arab di seksyen 9.  Baru kali ini kami mencuba.


Walaupun rasanya tidak sama seperti nasi briyani yang aku katakan tadi, tapi nasinya yang panjang dan lembut dan rasa yang tidak pula mengecewakan, sekurang-kurang dapat melepaskan rindu.

Ceritanya:
Ibuk tak makan di rumah?
Tak.. ada kenduri.

Dan dalam kereta beberapa minit selepas meninggalkan rumah menuju ke dewan di Putrajaya;
Haji Ramli ni baru tahun lepas mengahwinkan anaknya kan. 

Haah.

Ni anak yang mana.

Suami menghulurkan kad undangan. Cuba tengok nama pengantin.

Aku tengok dan tak kenal.  Aku tengok alamat rumah.  Dia dah pindah duduk di bandar baru bangi ke.

Suami tidak menjawab tetapi tertoleh-toleh. Kemudian dia memberhentikan kereta di tepi jalan.  Mengambil kad dari tangan aku serta membelek-belek.

Ni haji ramli mana ni.  Bukan kawan abang ni.

Haji ramli yang ini abang kenal ke.

Tak kenal.  Habis camno?

Seganlah nak pergi kalau tak kenal tuan rumah.

Kalau macam tu jom belanja ai makan lah.  Ni dah pakai lawa-lawa takkan nak balik makan kat rumah.


Begitulah ceritanya bagaimana aku makan nasi briyani arab tanpa dirancang dan membuatkan aku teringat-ingat akan nasi briyani di tengah-tengah padang pasir itu.
(teringat juga nasi briyani yang dimasak oleh isteri Abu Ahmad yang menjamu kami ketika kami bertandang ke rumahnya di Mekah)


kakpah

Saturday, March 26, 2011

Geli Geleman

Nasib baik aku tak melatah.
Nasib baik aku tak terloncat-loncat.
Nasib baik aku tak terpekik terlolong.
Apabila dia melintas di depan aku. Betul-betul di depan aku.

Aku memandang ke belakang ke arah perempuan yang mengekori aku dari tadi.
Perempuan yang mengekori aku dari tadi memandang ke depan ke arah aku.
Mata kami bertemu dan serentak bersuara;
Besarnya!!!!!!!!

Aku menyeluk henbeg untuk mengeluarkan henpon tetapi terkial-kial meraba dalam henbeg yang penuh sampah sarap. Sebaik tangan aku menggapainya, aku tekan punat ke mode camera. Kemudian tertunduk-tunduk, terteleng-teleng mencari di celah-celah biskut. Nampak.  Tapi berdesup hilang. Tunduk-tunduk, teleng-teleng mencari lagi.  Perempuan yang mengekori aku tadi sudah pergi entah ke mana. Mungkin malas melayan kegilaan aku.

Apa cari!!! 
Bangla yang menyapu dan mengemop lantai di situ bertanya.

Tikus!!  Ada tikus!!

Mana ada tikus. 

Kau kata tak ada? Takkan yang melintas ekor panjang sekaki, badan berat sekilo (tak apa ye makcik ekzejeret sikit) tadi tu ikan kembung.

Mana ada tikus.  Ulang si bangla sambil menguis-nguis biskut di rak.

Ni.. aku dah ambil gambar ni. Macamana kau kata takde tikus!!
Padahal gambar ekor tikus tu pun aku tak dapat ambil.

Apa pasal awak ambil gambar?

Nak kasi masuk surat kabar. Dan aku pun blah. 

Tapi tak ada bukti pulak nak masukkan dalam harian tettet yang selalu mencari cerita sensasi.  Kalau tidak mesti besok keluar berita:

Tikus Berkeliaran di Tesco Kajang.


kakpah

Friday, March 25, 2011

Salam Jumaat

Adakalanya kita rasa terfitnah dan meniti dari mulut ke mulut tentang perkara yang tidak kita lakukan. Pedihnya hati bukan kepalang. Resahnya rasa membuat tidur kita tidak tenteram.

Jangan kita doakan yang buruk untuk yang membawa mulut.
Jangan!!  Kerana DIA tidak menyukainya.
Mengadulah saja kita kepadaNYA. Kerana DIA maha mendengar.

Jangan juga kita doakan yang baik untuk yang membawa mulut itu.
Jangan!!  Kerana di sebalik doa baik itu mungkin jauh di sudut hati kita terselit permintaan yang tidak baik.
Ya Allah! Kau bukakanlah hatinya untuk melihat kebenaran supaya kalau terkena pada dia baru padan mukanya.  

Ini hanyalah cebisan yang aku dengar dicorong ikim pagi semalam. Ingin aku kongsikan bersama sesiapa yang tidak berkesempatan mendengarnya.





Seorang kawan menangis memberitahu aku:
Aku doakan yang tidak baik untuk kau siang dan malam. Dan bila berlaku musibah ini aku rasa amat bersalah. Maafkan aku.

Dan aku menangis mendengar kata-kata kawan aku itu.
Kerana aku tidak membuat perkara seperti yang dikatanya.

kakpah

Thursday, March 24, 2011

Chicken-Veges-Salad rolled in tortilla bread

Makanlah sesuatu yang berkhasiat. Kurangkan santan yang sekilo sudah menjangkau 6 ringgit. Lemak kurang, kolesterol pun kurang. Minggu lepas semasa membeli ayam, aku sungguh terperanjat melihat harga ayam yang naik melambung sehingga 8 ringgit sekilo.  Tapi oleh kerana aku kastemer tetap penjual ayam tersebut, dapatlah aku harga spesel 7.30 sekilo. 

Harga yang sentiasa naik tak turun-turun ini menyebabkan nilai duit kita bertambah kecil sedangkan selera sentiasa besar. Mahu tidak, kenalah kita ubah cara pemakanan untuk balancekan wang dengan kehendak tekak dan perut.

Aku pernah menyarankan kawan aku yang mengidap kencing manis satu ketika dulu supaya mengubah cara pemakanan.  Aku kata elakkan makan nasi putih sebaliknya gunakan beras coklat. Memang brown rice rasanya kurang enak dan kesat tapi khasiatnya bagus.  Dia tidak mahu mendengar kerana ia sudah lari daripada cara pemakanannya selama ini.

Mula-mula memang rasa janggal, lain, tak boleh terima.  Semuanya terletak di kepala.  Bila kepala kata tak mahu, tekak mengikut dan perut menurut.



Ini dinner aku semalam. Chicken veges salad rolled in tortilla bread. Kenyang alhamdulillah.  Siapa yang kata 'tak boleh hidup kalau tak makan nasi' memang sengaja memberi alasan .  Mana ada orang mati sebab tak makan nasi.

Yang tengah belajar-belajar berdiet tu, masukkan makanan ni dalam menu harian. Buatnya pun senang.  Makan lagi lah senang. Jangan lupa gaul salad dengan minyak zaitun dara, taburkan sedikit garam dan lada hitam untuk perasa.

kakpah

Wednesday, March 23, 2011

MEREPUT

Dalam tahun 70an dulu, penghijrahan ke bandar merupakan satu topik hangat untuk karangan peperiksaan. Pada masa itu jumlah anak-anak kampung yang belajar di universiti dan berpelajaran tinggi meningkat agak ketara. Antara isu yang dikaitkan ialah; faktor-faktor penghijrahan dan kesan kepada penghijrahan tersebut.

Salah satu daripada faktor penting ialah kurangnya peluang pekerjaan di luar bandar. Anak-anak muda berlumba ke bandar terutamanya Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Arus keluar itu berterusan hingga ke hari ini menyebabkan kawasan bandar banjir dengan penduduk dan kampung-kampung pula kian lengang.

Setiap kali aku balik ke kampung, aku melihat akibat kepada penghijrahan seperti yang telah kami bincangkan dalam kelas lebih 30 tahun dahulu telah berlaku. Sekiranya pada zaman aku dulu anak-anak riuh rendah bermain di halaman rumah, sekarang sudah sunyi sepi. Anak-anak muda dikira sudah tidak ada.  Yang tinggal hanyalah orang tua yang menunggu masa untuk dijemput.

Surau-surau hanya dihuni semasa solat tarawikh, itupun diisi oleh sebilangan nenek nenek dan datuk datuk tua yang kadang-kadang terlalu uzur untuk datang. Sawah sudah dipenuhi lalang, semak samun dan pokok-pokok. Air sungai tempat aku bermandi manda dulu sudah tercemar dan untuk ke situ juga sudah tidak boleh lagi kerana semak tebal dan dipenuhi babi yang sentiasa berkeliaran.

Melalui lorong dari Kuala Jemapoh ke Juasseh, lorong menuju ke rumah aku, kelihatan banyak rumah-rumah yang  sudah tidak dihuni lagi. Ini kerana tuannya sudah kembali kerahmatullah dan anak-anak serta cucu cicit sudah mempunyai kediaman sendiri di bandar. Kebanyakan rumah itu mereput di makan anai-anai.







Rumah paling bawah adalah rumah mak tua aku.  Terbayang-bayang mak tua dan pak tua duduk di serambi berbual-bual sambil berkipas-kipas pada musim panas. Semasa aku pulang ke kampung minggu lepas aku lihat rumput dan lalang sudah naik hampir ke paras dada.  Sayang.

Rumah aku? Sejak emak tak ada, abah tinggal dengan aku. Alhamdulillah rumah aku ada yang menjaganya. Tidak mahu aku bayangkan apa yang akan berlaku pada tahun-tahun yang akan datang.

Mungkin kita perlu membawa balik bandar ke kampung-kampung.

kakpah

Tuesday, March 22, 2011

Ais Krim Goreng

Siapa suka makan aiskrim goreng tapi tak tahu cara nak membuatnya.
Untuk sesiapa yang tak tahu, mari datang dekat-dekat sini tengok macamana makcik buat. Lepas tu bila dah pandai bolehlah makan aiskrim goreng hari-hari.



Bahan-bahan yang mesti ada:

Lihat gambar di atas:
Roti, botol penyembur tu , cutter dan semestinya aiskrim.

Macamana nak buat?

Mula-mula ambil dua keping roti. Penyek-penyekkan sikit.  Kemudian semburkan sedikit air di atas permukaan roti.  Sekali sembur saja.  Jangan sampai basah kuyup pula.






Kemudian ambil satu scoop aiskrim.  Letakkan di atas sekeping roti tadi, betul-betul di tengah. Roti yang sekeping lagi tu, tangkupkan ke atasnya.



Tekan sedikit di sekeliling roti.





Ambil cutter, tekan sekuat-kuat hati (haha) sehingga roti terpotong seperti di bawah.



Okay, siap.  Buatlah beberapa keping mengikut selera masing-masing.
Masukkan ke dalam bekas dan simpan di freezer selama tiga jam. Kalau dah tak menyempat nak makan, boleh juga digoreng tapi aiskrim akan cair. Jadi, ikut cakap sifu.  Simpan 3 jam dalam freezer atau lebih.

Bila hendak makan, panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam. ( Aiskrim yang makcik goreng tu tak tenggelam sebab minyak tak cukup).  Bila minyak sudah panas, keluarkan aiskrim tadi dari freezer.  Goreng sekejap sahaja sampai bewarna kekuningan.





 Weila.... siap!!!  jom makan.. sila.. sila..



kakpah

Monday, March 21, 2011

Bukan Kerja Mudah

Bukan senang memberi nasihat, memberi teguran.  Dan kita pula bukan senang menerima nasihat, menerima teguran. Apatah lagi nasihat dan teguran itu nasihat atau teguran tanpa diundang. Orang tak minta, kita beri.  Kita tak minta, orang beri. Nasihat dan teguran yang diterima dengan minda sedar ini selalunya akan berlaku penolakan. Kebanyakannya penolakan secara agresif.  Maka terjadilah kejadian tidak bertegur sapa, bermasam muka yang berlarutan.

Sekiranya kita berkata-kata menggunakan mulut, maka yang mendengar ialah telinga.  
Berkata-katalah dengan jiwa kerana insyaAllah jiwa akan mendengarnya.

Seorang penceramah di radio ikim berkata;
Nasihat yang baik adalah nasihat yang diterima oleh minda di bawah sedar pendengar. Nasihat itu diberi secara tidak langsung tetapi bernas dan berupaya membuat si pendengar berfikir-fikir.  Mungkin nasihat itu tidak diterima oleh si pendengar ketika itu tetapi lambat laun berjaya membuat pendengar itu menerima kebenarannya.

Salah satu caranya adalah dengan cara bercerita.  Mungkin kita mempunyai kawan atau kenalan yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama dan tidak ada silapnya kalau kita gunakan cerita itu sebagai contoh. Ataupun kita boleh sampaikan nasihat dan teguran melalui cara berseloroh dan boleh diterima oleh si pendengar melalui minda di bawah sedar.




Apa-apa pun, ia bukanlah satu kerja yang mudah.
Sama seperti menasihati anak-anak.  Bukan kerja mudah.
Anak-anak sering menyalah ertikan nasihat kita sebagai tidak memahami perasaan mereka.  Sebab mereka muda lagi dan kita sudah tua.

Sedangkan mereka lupa bahawa kita pernah menjadi remaja, menjadi orang muda.
Sedangkan mereka lupa bahawa mereka belum pernah menjadi tua seperti kita.


kakpah

Saturday, March 19, 2011

Satu pagi di tasik cempaka

Puas geletek-geletek kaki. Dan cucuk-cucuk pinggang. Dia tersenyum-senyum tapi mata masih tertutup rapi. Geletek lagi.  Cucuk-cucuk lagi.  Goyang-goyangkan badan. Lama baru bangun.  Sudahnya, pukul 8.30 baru bergerak dari rumah menuju ke Tasik Cempaka. Matahari pun dah naik.  Joggers dah ramai yang pulang.


Sebaik sampai, dia menonong terus.  Nampak seronok dan teruja bila buat pertama kali datang menemani nenda berjoging.




 Dia heran dan garu-garu kepala.  Tengok sana dan tengok sini. Tengok taman permainan nunnnnn jauh di seberang jambatan.  Jauh ni kena berjalan.  Larat ke ni.




 Ala penat la.. Cangkung kejap la. Kalau kena dukung sedap ni .  Tapi nenda tak larat nak dukung.  Mak juga tak larat nak dukung sebab berat faris lebih daripada sekampit beras sepuluh kilo.





Cepatlah nenda. Cepatlah...
Nenda tengah mendukung kamera. Faris kena tunggu atau pergi je jalan dulu. Nenda nak teropong burung yang banyak di tasik ni.



Faris terpijak lopak. Air dan pasir masuk ke dalam kasut.  Eee gelinya.  Tak mahu pakai kasut lagi. Nanak .. nanak..  Tapi Faris kena pakai juga.  Takkan nak jalan berkaki ayam. Tisu nak lap kasut tak ada pula.  Tertinggal dalam kereta.  Mak ambil daun kering, sapu dengan daun. Faris geleng-geleng kepala lagi.  Nanak.. nanak..  Nenda ambil kasut faris.  Nenda lap dengan kaki seluar nenda. Kering.  Bersih.  Habis cerita.  Faris tengok-tengok dalam kasut.  Cuba-cuba dengan kaki.  Dan terus pakai.


Mainan di sini tinggi-tinggi.  Faris nak cuba gelongsor.  Pun tinggi juga.  Lagipun gelongsor basah sebab terkena air hujan. Duduk sini sajalah sambil berangan-angan. 



 Mak! mak! nak naik ni boleh? Haha.. beranganlah faris.




Faris duduk main sini dengan mak.  Nenda pergi teropong burung lagi di tasik.


Nenda dapat satu baik punya.  Nanti nenda nak buat header. Faris kata okay.
Nenda teropong bangla tengah bersihkan taman.




 Nenda sudah penat berjoging.  Nenda sudah penat teropong sana teropong sini.  Nenda ajak faris balik sebab matahari sudah mencarak tinggi. Tapi faris kata nanak.. nanak..  Nak ain..



Akhirnya balik juga tapi semasa balik faris sudah tidak larat nak berjalan. Faris penat.  Mak kata faris kena jalan sebab mak tak larat nak dukung.  Faris kata nanak.. nanak..   Nak kung..nak kung..
Mak mengalah dan kena dukung faris.  Faris pura-pura tidur supaya mak tak turunkan faris semula.


Sebab tadi mak dan nenda dah janji nak singgah di McD untuk breakfast.  Faris nampak McD dengan jelas semasa faris bermain.  Kalau tidur betul-betul nanti nenda bawa kereta terus balik rumah.  Faris nak inum dulu.


Yang ni sedap ke tak sedap ek..


Lepas makan, faris balik, mandi dan terus tertidur kepenatan.
Nenda kata nanti nak bawa faris lagi.


kakpah

Panggilan Jauh

Mak, nanti jumaat kita pergi pukul sebelas setengah ek

Pergi mana

La.. kan imah ada long call.

Mak kena pegi ke?

Takkan orang lain mak dengan ayah dorang ada imah tak ada...


Aku taulah imah ada long call 18 haribulan.  Yang aku tak tau, aku kena pegi sama. Bila aku cakap pada hasben aku dia kata dia dah tak boleh cuti sebab haritu pergi Batam dia dah ambik cuti.  Aku ajak adik, ada-ada saja alasan.  Basyir nak pergi tapi ada exam.  Man pun tengah sibuk prepare untuk exam.  Kirin kerja.  Kaklong nak jaga faris.  Kakngah tentulah lagi sibuk dengan Maryam yang kuat menangis.Husen bila aku tanya angkat-angkat bahu. Jadinya, aku je yang pergi.

Nak tahu apa dia long call, click sini

Ini lah pertama kali aku pergi court.  Mahkamah tinggi ni letaknya di jalan Duta bagi sesiapa yang tidak tahu. Kalau ada kes-kes besar aku rasa perkarangan mahkamah ni mesti banjir dengan manusia.

Kami sampai awal sebab takut terserempak dengan jemaah yang sembahyang jumaat di masjid berdekatan.  Masjid Wilayah? Nasib baik juga datang awal sebab selesai zohor di surau dan bersiap-siap untuk masuk court, hujan turun agak lebat.

Di dalam court, aku duduk di kerusi panjang, bersama-sama dengan ibu bapa saudara mara calon.  Calon-calon long call pula duduk sederet, menunggu nama mereka dipanggil.  Mereka tak ramai.  Cuma ada 12 orang calon.  Aku rasa untuk satu sesi mereka ambil seramai itu saja. Kalau ramai-ramai mahu sehari suntuk duduk dalam court. Sebab untuk satu-satu calon tu, untuk dianugerahkan sebagai peguam mahu makan masa dalam sepuluh minit juga.

Awal-awal lagi sudah diberitahu tak boleh mengambil gambar dalam court.  Nasib baik aku tak bawa kamera besar gedabak.
Tapi sempat juga aku curi-curi ambil gambar ni dengan kamera kecik aku yang aku sorok dalam henbeg.


Dengan kuasa yang diberikan kepada saya dengan ini saya menyenaraikan Fatimah Azzahra binti Hamirdin sebagai peguambela dan peguamcara di mahkamah tinggi Malaya dan memerintahkan namanya disenaraikan oleh pendaftar. (begitulah lebih kurang yang dikatakan oleh yang arif puan hakim)

Sifunya Puan Rahmah dari Rahmah n co dengan kesudiannya telah datang untuk memakaikan robe. Selesai yang arif mengucapkan kata-kata di atas, Puan Rahmah meminta kebenaran untuk memakaikannya robe. Terharu aku.  Nak meleleh air mata pun ada.Terima kasih tidak terhingga kepadanya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada imah.

Sempat bergambar dengan Puan Rahmah setelah majlis selesai dan sebelum makan-makan untuk mengisi perut yang telah sedia berkeroncong.



Kepada imah, tahniah diucapkan kerana berjaya mencapai impian.


Aku teringat kata-kata yang arif tadi:
Only lawyers and artists can turn white into black.



kakpah

Friday, March 18, 2011

Jangan Terlepas Lagi

Sticky Post

Anda cari nombor 90009 di hit counter.   Buktikan.  Hadiah misteri menanti anda.

kakpah

Thursday, March 17, 2011

Gadang

Mak!! tukar lah tv.

Mak buat-buat tak dengar.

Mak!! tukar lah tv.  Tv ni dah out dated.

Mak pura-pura cungkil telinga. Tapi ayah tolong jawab.

Tv tu takde apa salah nya.  Tak rosak pun. Gambar okay je.

Yelah.. tapi orang dah guna tv hd. Eee.. bilalah tv ni nak rosak.  Meh kita rosakkan nak!!


Dulu masa tv plasma mula-mula keluar dan budak-budak ni masih gila-gila main game PS, Man sibuk menyuruh aku membeli tv plasma. Masa tu harganya lebih sepuluh ribu.

Nak buat apa beli tv mahal-mahal.

Main game gambar bagus mak..

Tapi aku tak kuasa nak layan.  Kau nak main game, pakai je lah tv yang ada.
Lama-lama bila game PS dah tak berapa nak laku lagi dan anak-anak aku dah berpindah main game kat komputer pulak, mereka dah tak merengek nakkan tv plasma lagi. Selamat duit. Kami pun terus guna tv yang gedabak itu sampailah sekarang.  Dah tak rosak, buat apa membazir-bazir beli yang baru.

Mak, decoder kat luar tu dah rosak.  Bila bukak, lamaaaaaaa baru keluar gambar.

Masih keluar gambar kan?  Kira okay lagi lah tu.

Ala..belilah astro beyond.

Tv lama, pakai astro beyond pun tak guna.

Ala.. boleh lah mak.. Boleh lah.

Entah macamana,  satu hari orang astro telefon aku buat satu ofer untuk pasang astro beyond. Lama dia explain.  Macam-macam aku tanya. Akhirnya aku setuju untuk tukar dua2 dekoder ke astro beyond. Ada beberapa sebab.  Pertama: untuk menggantikan satu dekoder yang dah rosak.  Kedua: memang aku senang kena kelentong dengan salesman.

Bila aku bagitahu budak-budak ni tentang hal itu, mereka semua kata yea..yea..

Tapi mak, kena tukar tv.

Pakai je tv yang lama.

Colour bencah.

Tak apa. Nanti mak merengek mintak dengan ayah korang.


kakpah

Wednesday, March 16, 2011

SKODENG 2



Aku risau pekerja ni jatuh tapi dia terus selamba membuat kerja-kerjanya. Cuba perhatikan.  Tak ada apa-apa safety precautions pun. Aku pula yang takut.

Tidak belajarkah mereka ini melalui tragedi yang sering berlaku kepada pekerja seperti mereka?


kakpah

Sudah Terlepas?

Salam pagi Rabu.

Oooops..  Nombor 88888 di hit counter sudah terlepas.  Ada sesiapa yang dapat?

kakpah

Tuesday, March 15, 2011

Pilihlah jalan yang tepat

Semasa menghantar adik ke sekolah, aku mendengar satu pengakuan yang keluar dari mulut seorang wanita melalui corong hot fm.

Saya ada suami dan saya ada boyfriend.  Boyfriend saya pula ada isteri dan ada girlfriend iaitu saya.

Aku mengucap banyak kali di dalam hati. Beraninya pengakuan itu. Apa yang lebih membuat aku terpaku adalah beraninya membuat perlakuan seperti itu yang sudah sangat-sangat jelas akan dosanya.

Walaupun dia memberikan alasan seperti:
suami tidak mengendahkannya
suami sering-marah-marah
suami sering balik lewat
tidak ada kemesraan dia antara dia dan suami

jalan yang diambil tetap salah.  Masih banyak cara penyelesaian lain.
Baginilah jadinya kalau manusia menggunakan otak udang.


Sepasang cucu yang membawa sinar kebahagian kepada keluarga kami. 




Semuga kebahagian kekal abadi.

kakpah

Satu Perjalanan


Bapa kami adik beradik berlainan emak. Yang memisahkan kami adalah sempadan negara dan aku baru beberapa kali bertemu dengannya setelah umur sebegini.

Datuk aku berasal dari Baruh Gunung, satu perkampungan yang bercuaca nyaman di daerah Paya Kumbuh. Aku terpesona dengan pemandangan dan cuaca sejuk perkampungan ini semasa buat pertama kalinya aku dan keluarga ke sana lebih kurang 4 tahun yang lalu. Air yang disalurkan melalui buluh dari kaki gunung, terasanya sejuknya saat menyentuh tangan untuk berwudhu'.






Yan Refrides, begitulah nama yang diberi, menetap di Batam sejak tahun 80an.  Berasal dan membesar di Baruh Gunung, bekerja pada peringkat awal di Jakarta sebelum dipindahkan ke Batam dan terus menjadi orang Batam semenjak itu.

Sambil menjamah nasi uduk yang tidak banyak beza rasanya daripada nasi lemak pada pagi sebelum kami berangkat pulang, Yan bertanya sesuatu ;

Saya perhatikan ya bang, kalau bersolat di majid, ada orang yang bersolat itu tempat solatnya berubah-ubah (sila baca dalam loghat indonesia). Kalau solat sunatnya di sini, fardhunya di sini, nanti sunatnya lagi di tempat lain lagi.

Suami aku memang suka soalan-soalan seperti ini.

Nanti di akhirat apabila ditanya mengenai amalan kita, yang menjawab adalah saksi-saksi. Tempat yang kita solat itu saksi kita. Kalau kita bersolat beralih tempat maka banyaklah saksi kita.  Tapi kalau kita bersolat di satu tempat sahaja, hanya itu satu sahajalah saksi kita.


Sama jugalah kalau kita ke musolla atau ke masjid.  Kalau datangnya kita ke masjid mengikut jalan ini, nanti usahakan pulangnya mengikut jalan lain.  Kerana batu-batu, pokok-pokok, daun-daun dan segalanya yang kita tempuhi itu adalah saksi-saksi kita di akhirat nanti.

Yan mengangguk mengiyakan. Aku pasti jawapan yang suami aku berikan hanyalah penguat kepada pengetahuan yang dia telah sedia ada.

Bayangkanlah saksi-saksi yang mengiyakan perbuatan kita sekiranya kita keluar rumah untuk melakukan perkara maksiat, perkara yang dilarang Allah.  Nauzubillah...



Kepada Yan, Eli dan Yasti, kakak ucapkan jutaan terima kasih di atas layanan baik yang diberikan kepada kami. Semuga Allah sahaja yang membalasnya.

kakpah


Monday, March 14, 2011

RESULTS!!!

Salam.



Setelah menulis nama semua peserta dan menggulung setiap nama seperti di dalam gambar, maka cabutan untuk pemenang pun dibuat.  Pemilihan adalah telus.  Tidak ada pilih kasih kerana kebanyakan mereka yang mengambil bahagian adalah tidak kakpah kenali.

Terima kasih pada yang mengambil bahagian.  Tahniah kepada pemenang dan cuba lagi lain kali pada yang kurang bernasisb baik.

Mereka yang bertuah adalah:

Pertama



Mungkin nama purple membawa tuah untuk adik ini  mendapat kain purple.

kedua


 ketiga




keempat




kelima




keenam







Kepada pemenang, TAHNIAH.  Sila berikan nombor telefon dan alamat pada kakpah di teepahanim@gmail.com



Kepada yang kurang bernasib baik, cuba hit counter 88888
Berikan bukti dan ada hadiah istimewa menanti anda.  Sambil-sambil itu, jangan lupa klik klik encik nuffnang di atas. Bagi up sikit tabung (hehe).

Sekian dimaklumkan.  Terima kasih.

Kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...