Hari Jumaat lebih kurang jam 7.30 pagi kami sama-sama bersesak menuju ke utara, Cameron Highland. Guru-guru yang kebanyakannya masih bujang, menaiki bas sementara aku sekeluarga naik kereta kerana tidak tahan pening bila naik bas.
Sebelum pergi, aku siapkan rendang kira-kira boleh tahan untuk dua hari untuk abah dan anak-anak yang tinggal. Adik yang pada mulanya mahu ikut sama, kensel saat terakhir kerana hari isnin ada exam. Usen yang mulanya nak ikut juga, kensel. Basyir asek tanya apa ada kat CH. Aku cakap yang lain-lain boleh dapat di sini tapi cuaca nyaman ada di atas sana. Apa-apa pun ada juga orang yang nak menemankan abah (atau abah yang menemankan diorang?).
Walaupun kenderaan banyak, perjalanan lancar dan kami tiba di CH sebelum solat jumaat. Setelah checked ini di apartment, kami rehat-rehat melakukan aktiviti bebas sebelum keluar meronda pada sebelah petang. Kami cuma ke Brinchang menjamu mata di pasar malamnya.
Dan juga menjamu perut. Makanan yang dijual agak menyelerakan.


Mestilah ada strawberry.
Hari kedua, pagi-pagi lagi ke Mardi.
Banyak juga bunga yang terdapat di Mardi. Ini di antaranya:

Kemudian naik bas menuju ke Taman ros. Dari Brinchang ke Taman ros cuma beberapa kilometer tapi kami terperangkap dalam kesesakan yang teruk. Setelah beberapa jam menahan pundi-pundi yang hampir pecah, semua meluru menuju ke taman ros tetapi terpaksa melalui halangan dengan membayar 4 ringgit. Mahalnya untuk ke tandas (sebenarnya entrance fee ke taman).
Bunga-bunga yang ada di Taman Ros:

Cantik-cantiknya bunga ros ini. Kenapa bila aku tanam bunga tak secantik yang aku lihat di sini.
Oleh kerana masa banyak terbazir di dalam bas (jem pergi, jem balik) kami akhirnya balik ke bilik saja dan ke pasar untuk membeli sayur-sayur pada hari ke tiga.
Lebih kurang jam 12.30 tengahari semalam, kami bertolak balik dan kumpulan yang menaiki bas singgah di Bharat tea, Tapah dan terperangkap dalam jem yang panjang kerana ada accident.
Aku dan keluarga singgah lagi di tanah rata dan sampai di rumah jam 5.50 petang. Alhamdulillah.