Cari apo tu apak e.
Ni lah.. cari cermin mato ni. Tadi lotak kek sini. Botul-botul kek sini h'a apak e lotak..
Tu yang kek ateh kopalo tu apokobondo!!!
Hidup kita ni sentiasa tercari-tercari dan mencari-cari. Kita cari benda hilang yang sebenarnya tak hilang pun tapi cuma tersalah letak. Kita cari benda yang kita sangka masih ada dalam simpanan kita tetapi sebenarnya kita terlupa yang benda tu kita dah dispose lama dah.
Bila kita bukak peti ais untuk mencari sesuatu kadang-kadang kita terpaksa mencangkung sambil menongkat dagu di depan peti ais itu kerana kita terlupa apa yang kita cari. Dan apabila ingatan sudah pulih kita tidak jumpa pula benda yang kita cari tadi kerana ianya sudah habis dan kita terlupa mahu membelinya semasa ke tesco tempoh hari.
Cari wang. Hari-hari kita berkerja mencari wang untuk memenuhi tuntutan hidup.
Cari kebahagian. Kita berdoa semuga kita dikurniakan kebahagian di dunia dan di akhirat.
Cari ketenangan. Supaya darah tinggi tak naik semata-mata kerana kepala kita berserabut dengan masalah.
Cari kedamaian. Siapa yang mahukan hidup kita ini porak peranda.
Cari kegembiraan. Maka cerialah hidup kita kalau kita dan keluarga sentiasa berada di dalam keadaan riang gembira.
Dan hari ini kegembiraan jelas terpancar di wajah anakku Kirin kerana berjaya mendapatkan D1000 yang diidamkannya. Baru dapat kerja dan gaji pun belum lagi tetapi dah melobi ayahnya untuk mendapatkan loan kerana nak beli yang diidam.

Ala.. nanti kirin bayarlah kat ayah bulan-bulan.
.
.
.
Dan janganlah mencari yang bukan-bukan yang tidak diredhaiNya. Berdosa.
.
.
.
Mak!! tengok kaklang ni. Dia nak cari gaduh.
Hah, pegilah korang carik. Tengok kat belakang rumah, ada ke tak ada.
Ala............ mak ni!!
Sebab bergaduh sesama sendiri inilah yang menyebabkan pekerja aku ada yang berhenti. Eeeeii tak cari gaduh tak boleh ke... Sapa yang susah? Aku jugak.
Ada sesiapa yang ada saudara mara yang nak berkerja sebagai pengasuh taska?
Kakpah










